Wednesday, December 7, 2011

Malaysia truly asia..hehe

Untuk dijual..:)







Bahan Bantu Mengajar..:)

Saya telah membuat bahan bantu mengajar iaitu untuk pengajaran bentuk dan warna. Bahan bantu mengajar ini sekaligus dapat digunakan untuk mengajar kanak-kanak untuk mengenal jenis bentuk dan warna. Bahan bantu mengajar ini dapat digunakan khususnya untuk pelajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran iaitu yang mengalami Autisme mahupun diperingkat pra-sekolah.

Proses Menyiapkan Model (KOTAK BERWARNA)
  1.   Sediakan kotak berbentuk segi empat dengan mempunyai enam sisi.
  2.  Lakarkan lima bentuk pada kelima-lima sisi iaitu bentuk segi tiga, bulatan, bintang, segi empat tepat      dan segi empat sama dan segi empat tepat.
  3.  Buat keratan rentas dan potong disetiap rentas mengikut bentuk yang telah dilakar.
  4. Warnakan setiap bentuk yang dipotong dengan lima warna yang berbeza.
  5.  Asingkan keratan bentuk daripada kotak.
  6. Cari lapisan lain dan potong mengikut bentuk yang sama bagi mengalas dan menebalkan lagi bentuk yang telah dipotong.
  7.  Balut kotak asal supaya lebih tebal dan tidak mudah rosak.
  8. Model siap dan boleh diguna dan dijadikan bahan bantu mengajar.

Jenis Bentuk 

Kotak bersegi


Good Strategy is Good Investment


Malaysian Airline System Bhd, the loss-making national carrier, said it will cut unviable routes, spin-off ancillary businesses and form a new regional unit in a bid to return to profit in 2013. The new airline, which will start operations in the second half of next year, will initially have 45 Boeing Co. 737-800 planes and fly to cities in Southeast Asia and Greater China. 


Routes being dropped include Johannesburg, Cape Town and Buenos Aires, he said. Malaysian Air, which will likely make a loss of RM165 million ringgit (US$53 million) next year, has begun discussions to cooperate with AirAsia Bhd to cut costs after the two airlines’ biggest investors undertook a share swap in August. Subang, Selangor-based Malaysian has struggled to turn rising sales into profits because of higher fuel costs and competition from AirAsia.

“Consolidated operations will deliver better service at lower costs,” said Ahmad Jauhari, who took over as CEO in September. Potential areas for cooperation with AirAsia include fuel purchasing, maintenance, training and ground-handling, he said. 

The airline’s engineering, pilot training, cargo and ground services operations could all be spun to raise proceeds of as much as RM337 million, he said. Malaysian Air aims to make an annual profit of RM900 million in 2016, Ahmad Jauhari said. The company lost RM1.2 billion in the first nine months of this year. 

Saturday, December 3, 2011

Another one strategy Air Asia practice..:)

Air Asia is offering travel fares as low as 10 sen!!!
This is due to Their 10th Anniversary as of midnight today..


The travel fares are for about 80 DOMESTIC and INTERNATIONAL destination..:)

  • Penang, Langkawi, Kota Bharu, Kota Kinabalu, Kuching
  • Singapore, Jakarta, Bali, Medan, Bangkok, Phuket and Hanoi
The booking periods is four days until Dec 11,2011 for travel period beginning July 1 to Oct 27,2012..


Nice ///

Alhamdulillah..:)

SubhanAllah,
Alhamdulillah,
LailahillAllah,
Allahuakbar..

Syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi dengan keberkatan dan izin-Nya, dikurniakan rezeki yang berlipat kali ganda.hehe Bunyinye dah macam durian runtuh je kan?..haha tapi sebenarnye walau sedikit mane pun rezeki yang dikurnia Allah itu, ucapan ALHAMDULILLAH adalah sebaik2 ucapan terima kasih daripada seorang hambaNya yg lemah.

Nak dijadikan cerita, minggu nie telah dipermudahkan urusan KU oleh Dia yang Maha Berkuasa dan Maha Pemberi Rezeki kerana dengan hasil usaha dan tawakal kepada Nya, telah terbuah hasil pada minggu nie. Segala penat lelah yg diusahakan sepanjang sem lepas dan sepanjang 2 minggu sudah telah terbalas. hehehe

Cukup la untuk dikongsikan tentang sesuatu yg KU rasakan amat bersyukur. Namun ade juga yang mensihatkan, "Success today is no guarantee for success tomorrow". Jadi, consistent dan teruslah berusaha bagi menggapai sesuatu yang dihasrat.

sekian, hehe

Tuesday, November 29, 2011

Modal atau Kepakaran?

Ramai peniaga-peniaga baru ataupun usahawan usahawan baru di Malaysia yang mengatakan bahawa modal merupakan salah satu faktor penting dalam menjana pendapatan yang tinggi. Mengikut kajian yang dilakukan, kekurangan modal menjadi faktor utama yang mendorong usahawan tidak dapat melangkah dan menjana pendapatan yang lebih tinggi.

Benar, modal merupakan peng gerak utama sesebuah perniagaan itu. Di Malaysia, para usahawan tidak lagi mengalami masalah untuk mendapatkan modal oleh kerana pihak kerajaan telah banyak membantu dan memperkenalkan pelbagai pakej rangsangan yang dapat memudahkan mereka.

Yang tinggal lagi hanyalah inisiatif para usahawan untuk mencari dan menggali ilmu-ilmu mengenai dunia perniagaan supaya dapat mengenal pasti peluang-peluang yang ada dalam pasaran di Malaysia. Kini, ramai yang beranggapan tidak semestinya ilmu yang dipelajari di institusi-institusi pendidikan diperlukan dalam konteks pasaran yang sebenar. Ini merupakan suatu tanggapan yang salah kerana sebagai usahawan muda yang berpelajaran, mereka perlulah mengadaptasikan ilmu yang dipelajari ke dunia perniagaan yang sebenar dan ini mampu memberikan kelebihan persaingan kepada usahawan-usahawan lain.

Justeru, isu modal yang sering dipertikaikan harus diperhalusi dan dipertimbangkan supaya idea yang ada tidak terbatas akibat kekurangan modal untuk perniagaan.

sekian ///

Thursday, November 24, 2011

Sistem Kewangan Malaysia

Malaysia

Sebuah negara yang mengamalkan sistem dwi kewangan.
Sistem kewangan konvensional dan islamik dipraktikkan dalam pasaran kewangan di Malaysia. Kini ramai yang sudah mula beralih arah untuk memilih kewangan islamik sebagai pilhan utama dalam merancang pinjaman dan pembiayaan individu mahupun firma perniagaan. Setelah lama sistem kewangan konvensional menjadi pilihan utama pengguna di Malaysia mahupun seantero dunia. Namun setelah mereka sedar akan kezaliman sistem riba ini, pengguna mula beralih ke sistem kewangan islamik yang mematuhi syariat islam dan mengamalkan sistem kewangan yang tidak menindas sama sekali. Walaupun begitu, turut ada desas-desus mengatakan bahawa kadar bunga ataupun riba adalah berbeza dari segi nama tetapi sama dengan kadar keuntungan yang ditawarkan oleh sistem kewangan islamik ini. Pandangan ini seharusnya ditolak sama sekali kerana ternyata ianya hanya mampu memburukkan imej kewangan islam amnya dan agama islam khusunya. Bagi mereka yang mengatakan perkara sedemikian, kajian lanjut harus dilakukan bagi mengelakkan kekeliruan ramai pihak.

Di Malaysia kini, tiada paksaan bagi pengguna untuk memilih sistem kewangan yang terbaik bagi menjana dan membiayai perniagaan mahupun tujuan persendirian. Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita seharusnya menilai sebaik mungkin mana yang mampu memberikan kebaikan yang jelas terbukti.

sekian ///